Translate

Sunday, January 29, 2012

AYAM KUKUS MAHARAJA

Lamer dah tak update blog ni.. hehe bz .. bz .. bz .. So arini nish nak kongsi cara nak masak ayam kukus maharaja. Resepi ni.. nish reka sendiri.. trial & error .. tambah itu.. kurangkan ini , 
dan nish harap sesiapa yang mencuba resepi ni , minat dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan lagi.. harap sudi lah bagi credit gak kat nish yer :)
Mungkin cara nish nak ajar lain skit dari biasa orang nk mengajar .. sebab rasa best agi nengok gambar-gambar kan? :D
Ok kita mulakan dengan bahan-bahan :
---> nak tau lebih lanjut click kat READ MORE kat bawah ni
Ni bahan utama .. paket rempah Ayam Maharaja. Ni kali pertama nish guna Rempah Ayam Maharaja Beijing ni. carik-carik yang biasa ...tak jumpa lak.
Selalunya nish guna ayam seberat 1.2kg atau 1.5kg. Tapi ayam tu dah takde lak .. kali ni nish guna ayam seberat 1.8kg ..ades betol la .. betol-betol xcute langsung. Bosar sangat.



Pastu kicap pekat manis .. nish suka guna kicap pekat manis Adabi. Ini untuk d lumur-lumur kat badan ayam tu nanti.
Sauce Lea&Perrin. Bertindak sebagai penambah perisa. Nish suka sauce ni sebab banyak kegunaan nish boleh guna selain sebagai penambah perisa. Buang2 bau hanyir fish fillet untuk hidangan steamboat , boleh buang lendir2 ikan dan untuk melembut kan daging.



Minyak zaitun dan Minyak bijan .. sebagai penambah aroma



Oyster sauce / sos tiram
untuk d campurkan dalam rempah tu nanti



Selalunya nish guna 3 jenis cendawan tapi kali ni cuma 2 jenis jer. Lupa!!~ lupa!!~ arr .. dah nak masak baru ingat huhuhu .. cendawan yang nish lupa nak beli tu , cendawan kering yang bulat2 tu haa~
Dan bawang putih dan halia.



Jom!!~ Jom!!~ kiter sediakan bahan-bahan nya , part ni laa yang paling leceh tau.
OK .. Mula-mula badan ayam tu , kiter lumurkan dengan kicap pekat, lumur rata-rata .. tujuan nya , bila kita goreng tenggelam (goreng dengan banyak minyak) kulit ayam tu akan kekuningan. Goreng pun hanya untuk tujuan tu jer. Kejap jer goreng nya.


 Goreng gni :



Sementara tu kiter sediakan bahan-bahan yang lain.

Bawang putih d cincang halus-halus:




Kedua-dua cendawan tu pun d cincang gak.. tapi kasar-kasar:



Halia d potong macam batang mancis:


Semua nya .. dah siap d cincang


OK .. haa!~ jangan lupa ayam tadi haa~ bila kulit ayam tu dah kuning .. cepat angkat , tuskan minyak n terus letak bawak air yang mengalir ( air paip ).. biar jer air tu. Tujuan nya? Untuk menghilangkan minyak dari badan ayam tu sebab kan nanti kiter nak kukus kan? Takmo laaa ader bau minyak mengorengkan , sebab mengoreng ni hanya trick untuk bagi kulit ayam tu nampak kekuningan. Takde la pucat sangat nanti bila d kukus, kadang naik gelikan tengok kulit ayam yang mengembang semacam n lembik.


Ni apa yang ada dalam bungkusan Ayam Maharaja tu tadi:
rempah .. aluminium foil dan plastik

Apa yang kiter perlu buat , satu kan semua bahan :


Minyak zaitun , minyak bijan , sos Lea&Perrin dan oyster sos


Pastu baru tuangkan serbuk rempah dan sedikit air sebab kalo tak taruk air skit akan menjadi terlalu kering nanti.
dan


Tada!!~ nak abes dah .. nak abes dah .. ok bukak kertas plastik yang d sediakan dan letak anggaran sesenduk dua bahan tadi:



Pastu letak ayam tadi d atas bahan tersebut dan mula tuang semua bahan keatas badan ayam tu. Jangan lupa .. err.. masuk kan juga bahan tu kedalam perut ayam.

Siap semua ikat plastik tu bertemu tiap penjuru:

Yess!!~ balut dengan foil aluminium .. yess nak siap~




Letak dalam periuk pengukus dan kukus selama .. 2jam keatas .. ayam ni .. makin lama masak makin sodap!~ .. makin reheat ayam nya makin lembut



*** Maaf arr .. camne rupa dah siap d masak tak leh nak letak kat cni la~~ adik-dah baham dah .. nish p jenguk-jenguk.. ayam tu dah carik saner cni.. huhuhu .. lenkali laa nish update agi yer

SELAMAT MENCUBA :D
Post a Comment